Tuesday, March 19, 2013

Jangan Pernah Merasa Kita Lebih Mulia Dari Orang Lain


Assalamualaikum.



Kalau kita bertudung labuh sekalipun,
kita tak boleh merasakan kita lebih mulia dari mereka yang tidak bertudung labuh.

Kalau kita bijak mengaji sekali pun,
 kita tak boleh memandang rendah pada mereka yang baru nak mengenal.

Kalau kita rajin pergi kuliah di masjid sekalipun,
kita tak boleh kata mereka yang tak muncul di masjid itu bukan pecinta ilmu ALLAH..

Kerana setiap yang kita fikirkan tentang orang lain tak mungkin akan sama dengan apa yang mereka sedang lalui. Mana tau orang yang anda pandang serong itu jauh lebih baik dari diri kita. Apa kata kita cuba pandang salah nya diri kita dari membandingkan kebaikkan yang kita ada dengan mereka yang lain.
Rosak nya amalan-amalan kita kadang-kadang hanya dengan merasakan kita ini jauh lebih mulia dari orang lain. Sejauh mana kita melangkah utamakan menjaga hati. Kerana pokok pangkal tindak tanduk kita datang dari hati dan iman.

In Shaa Allah.
Jika elok hati kita elok juga lah perlakuan kita.
Jika ada iman di dalam diri pastinya kita malu untuk melakukan dosa.




Mukaddimah.

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk hidup dan beramal di bumi Allah ini. Masih diberi peluang untuk mencari sebanyak mungkin pahala untuk bekalan diakhirat kelak. In Shaa Allah, ruangan ini akan  berkongsi seberapa banyak ilmu Allah dan cerita tauladan untuk dijadikan pedoman buat kita umat islam. Mohon penambahbaikkan bagi setiap kepincangan yang ada di ruangan ini dengan teguran-teguran yang membina. Saya bukan seorang ustazah atau pun mereka yang hebat dalam ilmu Agama saya hanya insan biasa. Insan yang baru sahaja dalam fasa memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang sejati. In Sha Allah kita sama-sama berkongsi apa sahaja yang dapat mendidik kita untuk menjadi ummat yang benar-benar taat.


Kalau dulu kita banyak post tentang cinta atau cerita peribadi kita di ruangan ini, 
Hari ini kita ubah, jadikan setiap inci di ruang ini untuk kita meraih pahala.

In Shaa Allah.