Thursday, July 11, 2013

Selamatkan saudara saudara ku... :(

Ya Allah
Selamatkan lah saudara-saudaraku di Syria , Palestin dan Mesir .
Selamatkan mereka dari kekejaman
Selamatkan mereka dari penindasan
Selamatkan mereka dari kezaliman
Israel syiah laknattullah..

Ya Allah tiada Tuhan melainkan engkau .
Engkaulah sebaik baik pelindung dan pembantu.

Kentalkan lah hati-hati mereka
kuatkan lah semangat mereka
Peliharakan lah iman mereka
Agar terus berjuang demiMu Ya Allah...

Ya Rabb...
Tanamkan lah pada setiap hati mereka
Akan perasaan yang tidak gentar
Dalam menghadapi musuh-musuhMu
Ganjarilah mereka pahala syuga
pada setiap jiwa yang syahid ke JalanMu...

Ya Rahman Ya Rahim
Jika Engkau takdirkan gugurnya seorang pejuangMu di tanah agung itu
Maka Engkau gantikanlah dengan lahirnya sepuluh pejuang
Biarpun hanya batu yang dijadikan senjata
Jadikan lah ia setajam pedang tak bermata
Bantulah mereka Ya Allah
Dengan segenap bala tentera Mu...


Via :Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Wednesday, July 10, 2013

In Shaa Allah, dah masuk ke ramadhan yang ke 2. Semoga kita mampu untuk menghayati kalam Allah walaupun hanya satu ayat.

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan


Assalamualaikum..

Selamat memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu manfaat buat semua umat islam di dunia ini..
Dan semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kemenangan buat para mujahidin di Syria, Mesir, Bangladesh Palestine dan disemua negara yang sedang bergolak. Allahu... Apalah ertinya ramadhan kita ini andai dipenuhi dengan nafsu yang tak terbendung. 

Di awal ramadhan ini sama-sama kita tanamkan niat dihati untuk menjadi insan dan hamba yang sebenar-benarnya. Dan semoga ianya berkekalan tidak hanya di bulan Ramadhan ini, jadikan ianya titik permulaan buat kita mengecapi nikmat nya menjadi HAMBA kepada Penciptanya.. In Shaa Allah..

Saturday, June 29, 2013

Kebangkitan Rakyat Syria

Assalamualaikum..
Artikel ini saya ambil di http://silverheritage.blogspot.com untuk perkongsian buat anda .


Apa Yang Kita Perlu Tahu?


1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apakah penyembelihan umat Islam Syria di zaman Hafez Al-Asad?
- Penyembelihan Hayyul Masyariqah di dalam wilayah Halab:
Berlaku pada pagi hari Raya Adilifitri bertarikh 11 Ogos 1980 ketika penduduk sedang menziarahi sanak-saudara serta jiran tetangga, seorang tentera berpangkat tinggi, Hashim Ma’ala bersama-sama sekumpulan tentera lain mengepung kawasan Masyariqah dan mengarahkan lelaki-lelaki keluar dari rumah, kemudian mereka melepaskan tembakan hingga membunuh 86 orang penduduk,kebanyakkan adalah kanak-kanak.
- Penyembelihan Taman El-Qasr di Halab:
Hari kedua Aidilfitri bersamaan 12 Ogos 1980 juga diketuai oleh Hashim Ma’ala telah memberkas dan mengumpulkan 35 orang penduduk Halab lalu mereka dibunuh beramai-ramai.
- Penyembelihan di Hama:
Pada tahun 1982, oleh sebab ingin menggagalkan usaha pembangkang, Rejim Syria membunuh hampir 46000 ribu penduduk Hama, selama 27 hari.
3) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Syiah nusairi ini adalah agama campuran dari agam islam, kristian dan pagan.Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.
4) Apakah pandangan ulama’ terhadap fahaman Syiah Nusairi?
Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.
5) Apakah hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
6) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Selain pelbagai hubungan perniagaan, sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria ($5 billion).
Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez Al-Assad ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia.
Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara Eropah disalut oleh air batu, maka perlabuhan Syria menjadi tempat terbaik.
7) Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti-Israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain.
Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi rejim Bashar al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
8) Apakah punca Kebangkitan Rakyat di Syria?
Sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka. apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.
9) Bagaimana keadaan rakyat Syria sekarang?

- Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 12,000 orang rakyatnya sendiri.
- Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.
- Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.
- Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.
- Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar.
- Sebelum berdemonstrasi, penunjuk perasaan akan mandi dan berwudhu sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang regim Syria yang kejam ini.
10) Apa yang patut saya buat untuk membantu Rakyat Syria?
- Membaca doa qunut Nazilah pada setiap ruku’ rakaat terakhir setiap waktu solat
- Mengambil cakne segala perkembangan terbaru di Syria
- Menyebarkan maklumat mengenai Kebangkitan di Syria kepada keluarga, kenalan dan masyarakat umum sama ada melalui media massa atau media alternatif
- Memberi sumbangan derma kepada rakyat Syria melalui saluran yang diyakini
- Menyertai demonstrasi solidariti untuk rakyat Syria 

Friday, June 28, 2013

Janji Allah Itu Pasti

~> Allah tak pernah janji.. Bercinta akan berakhir ke jinjang pelamin..
~> Allah tak pernah janji.. Orang yang kahwin akan dapat anak..
~> Allah tak pernah janji.. Orang yang kerja siang malam akan jadi kaya..

TAPI..

Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..!
Siapa yang jaga SOLAT, maka dia adalah orang yang BERJAYA.
Siapa jaga SOLAT, maka Allah akan angkat KESEMPITAN HIDUP di dunia.
Siapa jaga SOLAT, maka Allah akan angkat SEKSA KUBUR.
Siapa jaga SOLAT, maka Allah akan beri BUKU AMAL dengan tangan kanan.
Siapa jaga SOLAT, maka dia akan dapat lintas TITIAN SIRAT dengan sepantas kilat.
Siapa jaga SOLAT, maka dia akan masuk SYURGA tanpa hisab.
Lalu... Janji apakah yang lebih baik dari ini?

7 Golongan Yang Akan Mendapat Naungan Arasy Allah s.w.t


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Pertama : Pemimpin yang adil.
Adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak. Keadilan juga merangkumi semua aspek tanpa mengira pangkat, kedudukan atau sebarang kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas.
Kedua : Pemuda Yang Kuat Ibadahnya Kerana Allah.
Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaksa mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Terpaksa melawan naluri hati muda untuk bersuka ria kepada lebih mendekati Allah. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

KETIGA : Lelaki Yang Hatinya Terpaut Dengan Masjid
Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Hati mereka sentiasa rindu menanti waktu untuk ke masjid. Setiap aktiviti yang terdapat dimasjid akan cuba dihadiri oleh mereka walau bagaimana keadaan sekalipun, mereka tetap usaha untuk mengimarahkan masjid tersebut. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

KEEMPAT : 2 Orang Yang Berkasih Sayang Kerana Allah.
Orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Kasih atas kebaikan, budi pekerti dan taatnya rakan/saudara kerana Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Hubungan yang ikhlas kerana Allah juga akan menimbulkan ketenangan dalam diri dan akan mewujudkan kasih sayang dan hubungan harmoni sesama kita.

KELIMA : Mampu Kawal Diri Dari Tergoda Melakukan Maksiat @ Zina Kerana Takutkan Allah.
Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya. Apatah lagi sekiranya godaan itu datangnya dari jelitawan yang berkedudukan tinggi, lembut percakapannya.

KEENAM : Sembunyikan Pemberian atau Sedekah Tanda Ikhlas Hati.
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu. Ramai juga rasa tidak puas sekiranya pemberiannya itu tidak diketahui orang apatah lagi sekiranya sedekah tersebut bernilai tinggi. Lebih mulia disisi Allah sedekah yang kecil dengan hati ikhlas dari sedekah yang banyak tapi dipenuhi rasa sombong dan riya’.

KETUJUH : Orang Yang Beribadah Hingga Mengalir Air Matanya kerana Allah.
Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Sentiasa gunakan waktu terluang terutama di sepertiga malam untuk berkhalwat dengan Allah(Berdua-duaan) sambil menjadikan Allah sebagai kekasih hati tempat merintih, meminta, mengadu segala hal. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Kesimpulan :
Ketujuh-tujuh amalan ini amat jarang kita lihat terutama dalam masyarakat kita mutakhir ini. Kita sendiri mampu menilai diri kita sejauh mana kedudukan kita disisi Allah dan sejauh mana kita telah usahakan terutama dalam menjadi golongan yang mendapatkan naungan daripada azab sengsara masyar Allah pada Akhirat nanti. Adakah kita telah Berjaya mencapai ketujuh-tujuh darjat seperti dinyatakan tadi atau telah mencapai salah satu dari darjat tersebut untuk melayakkan kita mendapat perlindungan Arasy Allah. Atau mungkin kita tergolong dalam golongan yang amat malang kerana satu pun dari darjat tersebut tidak mampu kita miliki. Sama-samalah kita renungkan dan jadikan iktibar. Mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna untuk kita dalam usaha memperbaiki mutu kehidupan kita dalam mencari redho Allah. Sekian Wallahua’lam.

Redha kah kita?

Assalamualaikum.

Kadang Allah datangkan pelbagai ujian dalam hidup kita.
Sama ada kita redha atau kita mengeluh..
Ujian yang datang biasanya buat kita lebih mengingati Allah s.w.t.
Redha kah kita bila datangnya musibah itu dicanang dan diratapi ,
diberitahukan pada semua.? Tak kira di laman sosial mahu pun
pada orang terdekat. Redhakah kita bila datangnya ujian itu
kita memilih untuk berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t?
Redha dibibir memang pantas untuk dizahirkan, benarkah apa
yang kita lafazkan akan seiring dengan hati? Redha itu bagai mana
kita menerima setiap ujian itu dengan berlapang dada. Bersyukur
atas ujian yang melanda. Orang beriman akan menganggap
ujian yang datang itu satu rahmat buat mereka bukanya bala.